BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya mempunyai kesusahan dalam memilih keputusan.Saya tidak dapat memilih sama ada ingin mengikuti pandangan mazhab hanbali atau syafie dalam urusan mandi wajib.Mazhab hanbali mewajibkan untuk berkumur dan menarik air ke dalam hidung dan saya mengikut pandangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.Tetapi dalam hati, saya lebih yakin dengan pandangan mazhab syafie.Walau bagaimanapun, saya tidak dapat meyakinkan diri saya untuk mengikut pandangan mazhab syafie.Apakah yang harus saya lakukan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Sebagai seorang awam yang tidak mampu berijtihad (mengeluarkan hukum berdasarkan kepada dalil syarak), seseorang itu hendaklah mengikuti salah satu dari mazhab-mazhab fiqah yang muktabar. Setiap mazhab mungkin mempunyai pandangan hukum yang berbeza terhadap sesuatu isu atau perkara berdasarkan kepada pemahaman mereka terhadap dalil-dalil yang ada. Memandangkan di negara kita Malaysia mazhab yang diamalkan adalah mazhab Syafi'i, maka sayugia untuk kita beramal dengan padangan mazhab Syafi'i untuk keselarasan dan kesatuan ummah. 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum berkumur dan menarik air ke dalam hidung ketika mandi wajib adalah sunat di sisi mazhab Syafi'i yang mana jika dilakukan diberikan pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa malah tidak menjadikan mandi wajib itu tidak sah. Namun, tidak menjadi suatu kesalahan bagi tuan untuk beramal dengannya dengan beranggapan itu lebih kuat (hukumnya wajib) berdasarkan pandangan mazhab Hambali sebagai langkah berjaga-jaga.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image