BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt

Saya ada beberapa soalan.

1) Apa hukum apabila seseorang menyatakan bahawa dia telah naik ke "atas" dan tengok luh mahfuz kehidupan anak-anaknya? 

2) Saya bakal mendirikan rumahtangga dalam tahun ini. Berdasarkan soalan di atas, beliau mengatakan bahawa bakal saya bukanlah jodoh saya. Bahkan pernah mengatakan yang bakal pernah pergi berjumpa bomoh siam, and beliau merawat saya dari jauh. Abang saya experienced benda yang similar dahulu, mengatakan isterinya adalah pembawa hantu raya. Adakah derhaka jika saya teruskan perkahwinan tanpa restu beliau? 

Saya masih belum bagitau beliau tentang perkahwinan yang bakal berlangsung. Hal untuk mendirikan rumahtangga diuruskan oleh abang sebagai wali saya dan juga keluarga pihak lelaki.

Diharapkan segala maklumat dan soalan ini dirahsiakan dari mana2 sosial media.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1) Luh Mahfuz adalah antara perkara ghaib yang wajib diimani kewujudannya. Dakwaan seseorang yang menyatakan bahawa dia mampu "naik ke atas" dan melihat Luh Mahfuz adalah suatu perkara yang bertentangan dengan syarak, apatah lagi mampu melihat catatan yang tertulis Luh Mahfuz tersebut dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Firman Allah SWT di dalam surah Luqman ayat 34:

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Maksudnya: Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. 

2) Secara umumnya perwalian menurut hukum figh terbahagi kepada dua bahagian, iaitu wali Ijbar dan wali ikhtiar atau wilayah ikhtiar.

a) Wali Ijbar ialah hak wali untuk mengahwinkan seseorang yang di bawah tanggungannya secara bersendirian tanpa perlu persetujuan pihak wanita yang terlibat. Hak ini diberikan kepada ayah dan datuk khususnya dalam mengahwinkan anak atau cucu mereka yang masih dara. Pun begitu, hak ini tidaklah boleh digunakan sebebasnya tanpa syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

b) Sementara wilayatul ikhtiar pula ialah hak untuk mengahwinkan seseorang setelah mendapat keizinan wanita itu. Ini bermaksud seorang wali tidak boleh mengahwinkan mana-mana wanita di bawah tanggungannya melainkan dengan izinnya terlebih dahulu. Ia juga tidak bermaksud perempuan boleh mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kehadiran wali. Tapi wali tidak boleh memaksa atau tidak bersetuju dengan calon pilihan wanita tersebut.

Oleh yang demikian, sekiranya calon suami saudari itu memang seorang yang saudari yakini seorang yang taat pada perintah Allah, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk saudari peneruskan pernikahan tersebut. Adapun sekiranya setelah berkahwin, suami berkelakuan sebaliknya, maka itu bukan di bawah bidang kuasa kita menentukannya, kita tidak berkuasa untuk menentukan seseorang itu baik atau jahat kecuali jelas kelakuannya di hadapan kita. Apa yang penting, sebagai muslim dan muslimah yang terbaik, dianjurkan kita berdoa kepada Allah, laksanakanlah solat hajat dan istikharah, agar kita dipandu oleh Allah SWT setiap pilihan yang kita putuskan dalam kehidupan di atas muka bumi ini.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 92

message user image