BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

salam,maaf saya sekadar inginkan pandangan.apa hukumnya jual beli barang yang bukan dalam list?sebagai contoh,di platform A,kita menjual baju sebanyak harga rm50,hakikat nya kita menjual barang lain(contoh touch n go)pembeli membeli dan tahu bahawa dengan harga tersebut bukan dapat baju,tetapi ditukarkan dengan duit(touch n go).pembeli dan penjual sama sama tahu apa yang pelanggan akan dapat..cuma masalah di sini..list barang jualan bukan lah diletak kan sebagai touch n go.tetapi adalah pakaian,customer membeli menggunakan voucher diskaun dan dapat tukaran duit(tng)adakah berlaku akad jual beli di situ?adakah dikira haram dalam jual beli?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Secara umumnya, Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya untuk menjalankan perniagaan jual beli yang berlandaskan syariat Islam. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Surah al-Baqarah ayat 275:

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya:  Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Berdasarkan kepada persoalan yang dinyatakan oleh tuan dan pembeli seakannya ada unsur manipulasi serta penipuan yang boleh merugikan pihak pemilik platform A, walaupun ada unsur keredhaan antara pihak tuan dan pembeli. Islam sangat melarang dan tidak membenarkan apa-apa tindakan yang manipulasi sesuatu sehingga merugikan pihak-pihak yang lain apatah lagi jelas adanya unsur penipuan dalam jual beli. Sebelum itu, Tuan perlu meneliti perjanjian antara tuan dan pengurusan platform A tersebut sama ada ia tertakluk kepada perjanjian atau tidak.

Dalam Surah al-Maidah ayat 1, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Diperkuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati. (HR Ab Daud)

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 91

message user image