BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

السلام عليكم
tuan, saya telah bersama dengan isteri pada malam hari.

keesokan paginya kami telah terlewat bangun namun waktu subuh masih berbaki beberapa minit. andai kami mandi wajib dahulu maka akan terlepas lah waktu subuh tersebut. kalau nak solat pula kami masih berhadas besar.

jadi adakah kami perlu mandi wajib dahulu dan solat lepas waktu subuh.
atau solat sekadar hormat waktu dahulu kerana waktu sudah hampir habis?

جزاك الله خيرا كثيرا 
 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sekiranya tersedar daripada tidur dalam keadaan berjunub, maka wajib mandi junub terlebih dahulu sebelum solat Subuh walaupun akan menyebabkan waktu subuh berakhir. Solat Subuh yang dilaksanakan diluar waktu akan menjadi qada' namun tidak berdosa kerana tidak sengaja melewatkannya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 82

message user image