BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Boleh ke pakai tasbih digital yang ada simbol agama lain?

Saya ada beli tasbih digital. Saya bercadang nak buat solat sunat tasbih selepas tarawih ni, tetapi saya perasan ada simbol buddha pada tasbih tu.

Saya perasan benda ni dah lama dah, sebab selum ni saya buat tak tahu je simbol tu.Tapi ada yang kata tak boleh...

Mohon pencerahan...

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Haram menggunakan tasbih digital yang jelas mempunyai lambang agama lain. Namun sekiranya lambang tersebut mirip atau seakan-akan lambang agama lain maka ia harus digunakan. Namun sebaiknya dielakkan bagi mengelakkan fitnah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image