BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan. Saya bangun daripada tidur Ada air Mani pada seluar. Air mazi Akan keluar dahulu sblm Mani. Jika tercampur ia dikira najis. Selalunya air Mani Akan keluar sekali dengan air mazi. Ni soalan saya jika saya curah air pada tempat terkena campuran air Mani Dan mazi. Dikira Masih najis atau tidak walaupun ain air Mani Masih Ada?. Kemudian saya cuci guna sabun lpstu gayung tu terkena cucian sabun tu dikira najis ke? Kemudian saya celup balik gayung dlm air. Adakah air kolah dikira najis jgk? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Kesan air mani yang masih ada pada seluar adalah tidak bernajis kerana air mani adalah suci dan tidak mengandungi najis. Oleh itu, gayung yang terkena sabun hasil dari cucian seluar tersebut tidak bernajis serta air kolah juga tidak bernajis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image