BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apa hukumnya terbayar barang di kaunter non-halal di pasaraya.dah bayar barang baru perasan kaunter non-halal,kebetulan cashier memanggil saya bayar di kaunter tersebut.dh bayar baru nampak non-halal Allahuakbar.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada situasi yang dinyatakan, pada dasarnya, pihak pasaraya mengasingkan kaunter bayaran barangan halal dan non-halal sebagai alternatif bagi menghormati dan menjaga kebajikan umat Islam. Walau bagaimanapun, sekiranya kawasan kaunter tersebut bersih dari sebarang najis atau kotoran barang non-halal, tidak perlu berasa bimbang. Adapun membuat bayaran di kaunter barangan halal adalah lebih utama, namun situasi yang berlaku telah dinyatakan tidak perasan serta tidak disengajakan, maka tidak jatuh sebarang hukum berdosa mahupun perlu menyucikan barangan yang dibayar. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 87

message user image