Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nak tanya, saya ada rasa was was tentang kencing yang membuatkan saya basuh banyak kali tangan saya. Saya tidak ingat sangat apa yang terjadi tetapi saya tahu tangan saya ada najis hukmi (air kencing yang kering). Masa tuu sebab saya dah lambat untuk keluar, saya pun keluar cepat-cepat tanpa rasa tangan saya tuu bersih. Saya biarkan tangan saya kering sebab saya tahu najis tidak akan berpindah. Saya yakin tangan saya ada najis hukmi. Selepas kering, saya pergi ke kedai buku dan pegang buku-buku di sana, tiba- tiba tangan saya rasa berpeluh/lembab, saya mula risau takut najis berpindah ke buku. Jadi saya pun beli peralatan yang perlu dan balik ke rumah, cuci tangan dan perlatan buku yang saya beli. 3 bulan kemudian, saya pergi balik ke kedai buku tersebut dan membeli buku di sana. Selepas saya balik saya mula rasa was was ada najis hukmi ke dekat buku ini sebab dulu saya ada pegang buku ini tetapi kemungkinan buku yang saya pegang 3 bulan lepas sudah pun dibeli oleh orang lain ataupun buku baru yang di restockkan. Kalau ada najis hukmi di buku tersebut, bagaimana untuk cuci? Boleh kah saya guna tisu basah untuk lap? Sebab saya tidak boleh jirus air nanti rosak buku tersebut.
Jawapan