BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. ketika saya kecil dulu dalam linkungan umur 10 tahun begitu sebelum akil baligh tak silap saya. saya ada join activity dekat facebook di mana kita berlakon/acah untuk jadi watak selebriti. time tu saya masih naive dan agak kurang bijak english jadi saya ingat 'christian' bermaksud orang putih/white people/causian people.

saya tiba tiba teringat ada seseorang pernah dm saya waktu tu and tanya race/religion sya tak pasti tapi saya ingat saya ada reply christian (tanpa niat) beranggapan saya orang putih seperti selebriti yang saya acah tu.

 

persoalannya, adakah saya perbuatan saya tu kira jatuh murtad/kafir ? sedangkan benda tu terjadi hampir berbelas tahun dulu. sya tiba tiba teringat benda ni waktu nak tidur. risau sampai tak lena. kalau kena lafaz syahadah sekali lagi (sekiranya jatuh), kena ada saksi ke? terima kasih untuk penjelasannya nanti.


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, perbuatan kufur yang dilakukan tanpa niat seperti mengaku diri sebagai seorang yang beragama lain Islam tidak menyebabkan seserang menjadi murtad. Walau bagaimanapun puan tetap dituntut untuk beristighfar dan memperbaharui mengucap dua kalimah syahadah bagi mengukuhkan keimanan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 95

message user image