BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah kita dapat pahala iktikaf sekiranya kita berada didalam surau ( yang tidak diri Solat Jumaat)? Dan juga adakah kita masih boleh lakukan solat tahaiyat 'surau'! ( solat tahiyat masjid)?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Masjid menurut seksyen 2 Enakmen ertinya masjid suatu bangunan:

a) yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam; dan

b) yang penggunaanya sebagai yang sedemikian dibenarkan oleh Majlis di bawah seksyen 98, dan termasuklah mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu.

Sehubungan dengan itu, mana-mana surau Jumaat yang tidak diiktiraf sebagai masjid maka ia tidak dikira sebagai masjid. Oleh itu, tidak sah iktikaf dan solat tahiyatul masjid seseorang jika dilakukan di surau. Iktikaf dan solat tahiyatul masjid hanya sunat dilakukan di tempat yang dikategori sebagai masjid. Walaupun begitu tetap digalakkan untuk melakukan apa-apa sahaja solat sunat dan zikir-zikir di tempat selain daripada masjid seperti di surau atau surau jumaat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 120

message user image