BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya bernazar untuk puasa seminggu jika saya mengandung. Saya mengandung pada awal tahun 2022 dan saya telah selamat bersalin pada Oktober 2023. Tetapi saya masih belum berpuasa nazar kerana sekarang saya menyusukan anak pula. Saya tidak meletakkan waktu tertentu untuk melaksanakan nazar puasa tersebut semasa bernazar.Jadi, adakah saya perlu membayar fidyah pada Ramadhan ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sekiranya bernazar dengan tidak membataskan waktu, maka puan bebas untuk melaksanakannya pada waktu yang sesuai mengikut kemampuan dan kelapangan yang ada. Walau bagaimanapun, nazar tersebut tetap akan berada dalam tanggungan kewajipan yang wajib dilaksanakna oleh puan, selagi ia tidak dilaksanakan. Puasa nazar hanya perlu diganti dengan fidyah sekiranya orang yang bernazar meninggal dunia sebelum sempat menunaikannya atau mengidap penyakit yang kebiasaaanya tidak akan sembuh semula.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image