BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum tuan/puan.

Saya ada kemusykilan berkaitan dengan keputihan dan qada solat. Situasinya begini, saya telah habis period dan telah pun mandi wajib. apabila telah masuk waktu zohor, saya membersihkan diri dari kotoran dan mengambil wuduk untuk solat zohor. Selesai solat zohor, saya nak qada solat subuh. Adakah saya perlu membersihkan diri semula dan mengambil wuduk yang baru?

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Keputihan adalah cecair yang keluar daripada bahagian batin faraj seperti air mazi, air wadi dan sebagainya. Ia merupakan najis dan membatalkan wuduk. Jika puan mempunyai masalah keputihan yang keluar berterusan, ia dihukumkan sama seperti wanita istihadhah atau sentiasa berhadas. Jadi, hendaklah membersihkan keputihan tersebut dan mengambil wuduk setiap kali hendak menunaikan solat fardu dan solat qada tersebut. Hal ini kerana, wanita yang istihadah atau sentiasa berhadas, wuduknya hanya sah untuk satu solat fardu sahaja. 

Sebaliknya, jika puan tidak mempunyai masalah keputihan yang berterusan, setelah mandi wajib, solat zohor dan diikuti solat qada' dan menyedari keputihan tersebut selepas menunaikan solat maka sah solat tersebut kerana diyakini bersih semasa solat dilakukan. Namun begitu, jika diyakini keputihan tersebut ada semasa menunaikan solat, maka solat itu tidak sah. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 77

message user image