BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz saya ada soalan megenai rukun solat iaitu iktidal dalam melakukan itidal, iaitu berdiri tegak selepas melakukan ruku', kita mestilah membaca samiallahhuliman hamidah. bacaan tersebut telahpun merangkumi toma'ninah iaitu berhenti seketika adakah betul ustaz atau adakah kita perlu berhenti sejenak dan mengatakan rabbana walakal hamd

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Iktidal adalah keadaan orang yang sedang solat, kembali semula kepada keadaan sebelum rukuk iaitu berdiri tegak. Disunatkan ketika mengangkat kepala untuk menyebut "sami'allahu liman hamidah" dan ketika berdiri tegak semasa iktidal disunatkan sebut "rabbana walakal hamd". Manakala toma'ninah pula bermaksud berhenti seketika dengan kadar atau tempoh membaca "subhanallah".

Berdasarkan soalan yang ditanya, tidak memadai hanya membaca "rabbana walakal hamd" tanpa berhenti seketika. Ini adalah kerana apa yang dituntut adalah berhenti seketika ketika berdiri tegak sebagai toma'ninah. Sedangkan membaca "rabbana walakal hamd" adalah sunat. Oleh itu sebaiknya membaca "rabbana walakal hamd" ketika posisi badan telah berdiri tegak dan berhenti.


والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 79

message user image