BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz. Qada’ sembahyang yang tertinggal 1000 waktu, jadi setiap waktu adalah 200. Pertanyaan saya boleh kah selesaikan waktu subuh 200 waktu dalam tempoh 2 hari kamudian dilaksanakan waktu berikutnya dan begitulah seterusnya sehingga habis waktu yang luput.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Qada’ solat yang tertinggal boleh dilaksanakan sepanjang masa sekalipun pada waktu diharamkan solat. Ini kerana pada waktu ini yang ditegah adalah melakukan solat sunat manakala di dalam hal qada’ solat ia merupakan kewajipan yang masih ditanggung. Dr. Wahbah al-Zuhailiy mengatakan : “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (al-Fiqh al-Islamiy). Oleh itu terpulang bagaimana hendak dilakukan qada’ solat tersebut sehingga selesai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 212

message user image