BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mohon pencerahan, apakah hukum menyewa kenderaan yang di insuranskan di bawah kontrak konvensional dan bukan takaful? Saya bekerja sebagai pemandu Grab dan telah menyewa kenderaan yang di insuranskan di bawah kontrak konvensional tanpa sedar. Sekiranya tiada diantara syarikat penyewa kenderaan (untuk kegunaan e-hailing) yang menyediakan kenderaan diinsuranskan di bawah kontrak takaful, dan tiada satu syarikat pun yang ingin menawarkan pekerjaan kepada saya untuk bekerja, apakah hukum sekiranya saya meneruskan pekerjaan sebagai pemandu Grab dan menyewa kenderaan yang di insuranskan di bawah kontrak konvensional?

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Menjawab solan yang diajukan, menyewa kenderaan yang diinsurankan di bawah kontrak konvensional adalah diharuskan. Ini adalah kerana urusan membuat perlindungan kereta tersebut adalah urusan pemilik kenderaan dan penyewa tidak terlibat di dalam perkara tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 74

message user image