BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Adakah batal wudhuk jika saya bersentuhan dengan abang tiri saya ( lain ibu lain bapa ) 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, ingin dijelaskan terlebih dahulu batasan aurat antara adik beradik tiri lelaki dan perempuan (berlainan ibu dan berlainan bapa) adalah sebagaimana batasan aurat ajnabi kerana dikira bukan mahram dan boleh berkahwin. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka (termasuk memakai tudung), tidak harus berdua-duaan dan tidak harus bersalaman.

Justeru, sekiranya bersentuhan antara adik beradik tiri (berlainan ibu dan bapa), maka terbatallah wuduk.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 60

message user image