BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum,

Satu situasi dimana, telah berlaku pertengkaran/pergaduhan suami dan isteri dimana suatu kenyataan telah dibuat oleh suami kepada isteri menyatakan "balik duduk di Tawau (kampung) la bersama anak-anak". 

Jadi saya ingin bertanya, apakah hukum serta adakah telah jatuh talak atau sebaliknya. Mohon penerangan serta penjelasan tuan/puan jua. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kenyataan suami "balik duduk di Tawau (kampung) la bersama anak-anak", ia boleh dianggap sebagai lafaz kinayah. Lafaz kinayah ialah lafaz selain perkataan talak atau cerai. Kenyataan seperti ini bergantung kepada niat suami semasa melafazkannya. Jika suami berkata sedemikian tanpa niat untuk bercerai, maka tidak jatuh talak. Tetapi jika suami melafazkannya dengan niat untuk bercerai, maka jatuhlah talak dan perlu mendaftarkan pengesahan lafaz cerai ini di Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk disahkan oleh Hakim Syarie kerana hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidangkuasa tersebut.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 82

message user image