Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya tentang bagaimana menetapkan haid setelah istihadah.
Saya haid dari 5/2/2024 dan belum berhenti keluar darah sehingga soalan ini diajukan pada 4/3/2024. Setelah 15 hari 15 malam, sy telah bersuci dan menganggap itu darah istihadah. Darah bertukar sifat setelah tapi hanya hingga keruh (seperti kebiasaan hujung haid sebelum betul2 suci) selama 10 hari. Pada 27/2/2024 darah yang keluar kembali merah dan banyak seperti permulaan haid dan masih keluar hingga 4/3/2024. Adakah saya sudah langkau tempoh suci atau jika belum dan keadaan saya begini berterusan, bagaimana menetapkan saya haid atau masih berterusan istihadah?
Jawapan