BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Sya menyewa bilik di Tanjung karang...sebelum nie penyewa yg lain semua lelaki, sekarang tuan rumah telah menyewakan bilik juga kepada perempuan. rumah nie rumah kg lama ada bahagian atas dan bahagian bawah jdi tuan rumah akan sekat laluan antara bhgian - bhgian tersebut dan akan menggunakan pintu yg berasingan pintu dpn ( perempuan ) dan pintu belakang ( lelaki) dan bhgian atas (perempuan) dan bhgian bwh ( lelaki).Tuan rumah lambat memaklumkan kepada saya, disebabkan itu sya tidak dapat mencari rumah/bilik yg lain untuk disewa dlm masa yg singkat 

Soalan saya adakah boleh dibuat begitu. Adakah saya tidak dikenakan apa ii tindakan seperti tuduhan berzina atau berkhalwat hanya disebabkan saya menyewa bilik disitu ...mohon penjelasan dgn segera 

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Khalwat yang diharamkan dari sudut syarak ialah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang ajnabi jauh dari pandangan mata manusia. Justeru, haram bagi lelaki dan perempuan berada dalam keadaan yang boleh dianggap sebagai berkhalwat. Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Ibn Abbas RA, sabda Nabi SAW:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya: Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya. (Riwayat Muslim)

Berdasarkan keterangan yang diberikan, terdapat kemungkinan bahawa tuan rumah telah membuat pemisah iaitu dengan kaedah mengasingkan laluan bagi penyewa lelaki dan perempuan serta turut mengasingkan tingkat sehingga menyebabkan mereka tidak dianggap berkhalwat walaupun berada dalam sebuah rumah. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan ingin berpindah maka ia adalah lebih baik bagi mengelakkan fitnah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 10

message user image