BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada membela burung di dalam rumah, dan tanpa saya sedari saya terpijak najis burung dan berjalan di merata tempat di dalam rumah dengan kaki yang basah, saya sudah membersihkan najis yang saya dapat lihat dengan mata kasar, namun bagaimanakah dengan laluan lantai lain yang saya tidak dapat mengesan najisnya? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Najis kita boleh bahagikan kepada dua bahagian. Pertama Najis Aini iaitu najis yang boleh kita boleh kita lihat warnanya atau boleh hidu baunya atau boleh dirasa dengan pancaindera. Kedua Najis Hukmi yang kita tahu dan pasti keberadaan najis tersebut tetapi tidak dapat lihat warnanya atau tidak dapat hidu baunya atau tidak dapat dirasa.

Jadi, berdasarkan situasi yang telah diterangkan, puan hanya perlu membasuh atau mensucikan tempat yang diyakini terdapat kesan ain najis najis tersebut sama ada warna, bau atau rasa. Manakala kawasan atau laluan lain yang tidak dapat dikesan atau dipastikan kewujudan kesan najis, maka ia tidak wajib dibasuh. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image