BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya, tentang 10 Pembatal Islam iaitu Nawaqidul Islam , ianya berdasarkan Al Quran , tapi saya agak confuse cara memahami 10 Pembatal Islam lagi lagi no 3 iaitu ragu akan kekafiran orang kafir jadi kafir , boleh Ustaz balas secara mendalam untuk each 10 , 10 ni lagi lagi no 3 kerana , in real time view saya confuse sebab kadang dulu saya tak tahu orang tu kafir(sebelum Islam), saya anggap orang Islam sebab dia protect betul Palestine , sebab muka pun macam Islam tapi baru saya tahu dia masuk Islam baru baru ini , so saya kenal dia masa sebelum dia masuk Islam ketika non muslim (kafir) dan sekarang dia memang dah jadi seorang muslim bersama isterinya rasa , Alhamdulillah, tapi , itu yang saya confuse bila ingat balik, macam mana kalau salah sangka macam ni? Lagi satu saya ada terbaca juga pasal 10 Pembatal Islam macam ada isu seperti , ustaz boleh check dalam link saya bagi boleh check di sini . Saya tak tahulah isu ni , saya dah terlampau was was sangat ni tak boleh macam ni ,saya was was bab bersuci , dan juga ada was was kufur , lintasan jahat dari syaitan Laknatullah setiap hari , bahaya sangat bahaya lagi lagi isu di atas , confuse maybe sebab jahil , saya takda ragu apa apa dalam Islam , tapi kadang saya confuse macam mana nak praktik kalau real time view . Contohnya najis anjing dan babi terlampau was was sangat sampai boleh jadi gila rasa , boleh ke saya ambik pendapat Mazhab Maliki berkenaan najis anjing dan babi tetapi yang lain saya ambil dari Mazhab Syafie , contohnya solat , bersuci etc . Dan pasal Pembatal Islam , Nauzubillah saya masih confuse tetapi mohon Ustaz terangkan semua bagaimana dipraktikkan di dunia nyata , contohnya adakah orang awam kena kafirkan orang Islam yang melakukan pembatal Islam on the spot , sebab takut jatuh ragu akan kekafiran orang kafir jadi kafir macam pembatal islam yang ke 3 dalam Nawaqidul Islam itu sebab orang yang melakukan pembatal Islam kan macam boleh jatuh murtad dan murtad itu kafir , tetapi tak boleh terus kerana macam kadang kadang ada penghalang contohnya jahil atau gila rasanya saya pun tak sure . Bagaimana ni Ustaz , saya risau betul dengan akidah saya ni sebab terlampau confuse , saya tak rasa Islam ni membebankan ke apa tapi saya nak hilangkan confuse yang buat sakit kepala ni , sebab susah nak tahu maksud kalau tak berguru , takut saya salah ke apa

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, seorang muslim haram mengkafirkan orang lain melainkan orang tersebut telah memenuhi syarat untuk dihukumkan sebagai kafir. Sekiranya seseorang itu melakukan perkara yang membatalkan iman secara sekarela (tanpa paksaan), dalam keadaan telah baligh dan berakal dan sedar dengan perbuatannya maka barulah dikira kafir. Selagi terdapat keraguan atau kebarangkalian lain, maka kita hendaklah bersangka baik dan tidak terburu-buru menghukum kafir ke atas orang lain.

Perkara yang membatalkan keislaman seseorang tidak terbatas kepada angka atau bilangan tertentu. Namun yang tersebar melalui media sosial adalah 10 perkara yang membatalkann Islam seseorang yang telah dikumpul oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab seperti yang terdapat dalam buku berjudul Kitab Akidah Muhammad bin Abdul Wahab al-Salafiyyah dan kesannya kepada Alam Islami karangan Soleh bin Abdullah al-'Abud.

1.Syirik dalam menyembah Allah SWT. 2.Meminta kepada selain Allah sebagai perantaraan 3.Tidak mengkafirkan orang musyrikin atau syak tentang kekafiran mereka atau membenarkan pegangan mereka. 4.Percaya atau contoh lain yang lebih baik daripada contoh yang diajarkan Rasulullah SAW atau hukum yang dihukumkannya. 5.Membenci ajaran yang dibawah Nabi Muhammad SAW. 6.Mempermainkan agama Islam atau mempersenda balasan baik dan buruk yang ditetapkan dalam Islam. 7.Beramal dengan ilmu sihir. 8.Memberi kekuasaan kepada kafir dan membantu mereka. 9.Percaya sebahagian manusia tidak perlu mengikut ajaran Rasulullah SAW dan boleh keluar daripada syariat nabi Muhammad SAW. 10.Berpaling daripada gama Allah SWT dengan tidak belajar dan tidak mengamalkannya.

Bagi kita yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, terdapat panduan yang dinyatakan dalam kitab Syarh Akidah Tohawiyyah karangan Soleh Al-Sheikh memnyatakan;

وتكفير أهل القبلة بأيِّ ذَنْبٍ حرام، والخوض في مسائل التكفير بلا علمٍ أيضاً حرام

Maksudnya: Mengkafirkan ahli qiblah (orang yang solat ke arah kaabah) hanya dengan dosa yang dilakukan adalah haram dan mendalami isu mengkafirkan orang lain tanpa ilmu juga haram. Bersangka baik selagi mampu melakukannya, dan sekiranya terbukti seseorang telah melakukan perkara yang membatalkan keislamannya, bukan individu yang menentukan status agamanya akan tetapi pihak Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.

Isu najis dibincangkan dalam disiplin ilmu fekah. Selagi tidak jelas dan tidak diyakini anggota badan atau pakaian terkena najis, maka hukumya bersih dan boleh dibawa ke dalam solat. Sifat was-was tidak boleh mengalahkan keyakinan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 198

message user image