Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
1. saya mempunyai masalah gusi yang sentiasa berdarah. Persoalannya, sewaktu menaiki bas ketika bulan puasa, saya merasakan gusi saya berdarah dan saya menahan air liur di dalam mulut sehinggakan air liur semakin bertambah dan adakah terbatal puasa saya jika menelan air liur tersebut kerana sukar bagi saya untuk meludahkannnya kerana perlu menunggu bas untuk berhenti dan memakan masa yang agak lama. Dan adakah dimaafkan perkara tersebut?
2. saya pernah mendengar ceramah di mana ustaz menyebutkan bahawa jika gusi sentiasa berdarah dan banyak hanya perlu meludahkanyya dan tidak wajib untuk berkumur. Bagaimana pula jika gusi saya sentiasa berdarah dan dalam kuantiti yang sedikit dan terkadang dalam kuantiti yang banyak, adakah saya boleh menggunakan kaedah yang sama seperti yang ustaz tersebut nyatakan? kerana jika saya berkumur maka darah akan keluar balik.
Sekian terima kasih.
Jawapan