BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya ada tinggal puasa pada tahun 2020(9hari), 2021(30hari) & 2022(25hari) atas sebab mengandung, berpantang dan menyusukan anak. Pada tahun 2022 saya sudah membuat bayaran fidyah bagi puasa yang saya tinggal pada ramadan 2020 & 2021. Dan pada tahun 2023 pula saya sudah selesai membuat bayaran fidyah bagi puasa yang saya tinggal pada ramadan 2020,2021 & 2022. Alhamdulillah ramadan 2023 saya sudah boleh berpuasa penuh semula. Namun, saya masih belum bekesempatan untuk mengantikan puasa yang saya tinggal pada 2020, 2021 & 2022 tersebut. Persoalan saya, adakah saya perlu membuat bayaran fidyah pada tahun ini? Adakah bayaran fidyah perlu di bayar setiap tahun mengikut tahun dan hari yang kita sudah tinggalkan selagi belum selesai mengantikannya? Maaf saya agak jahil dan keliru. Saya harap persoalan saya ini terjawab. Sekian terima kasih dan selamat berpuasa.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 


Merujuk kepada soalan yang diajukan, berusaha untuk memahami serta bertanggungjawab atas ibadat wajib merupakan satu sikap yang sangat dipuji oleh syarak. Sama ada perlu membayar fidyah lagi atau tidak bagi puasa Ramadhan belum sempat untuk digantikan terdapat dua kaedah iaitu kaedah pertama meskipun sudah dibayar ia tetap perlu dibayar lagi selagi belum menggantikan puasa yang ditinggalkan, manakala kaedah kedua adalah tidak perlu lagi membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan atau dengan erti kata lain cukup sekali membayar fidyah untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Dua kaedah ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah sebulat suara membuat keputusan bahawa:

Harus menggunakan 2 kaedah:

i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun.
ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah.

Oleh itu, sekiranya puan mampu untuk membayar lagi fidyah untuk puasa Ramadhan yang masih belum ditunaikan maka kaedah pertama adalah amat digalakkan. Namun sekiranya puan tidak mampu untuk membayar maka kaedah kedua juga merupakan pilihan yang diharuskan. 


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 50

message user image