BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya...

Situasi nya begini.

 

Saya dan suami menonton drama melayu...

Sedang menonton kami berbual2 dan ada part lakonan yang tidak dapat didengari..

Saya bertanya kepada suami " apa dia cakap" 

Suami saya terus cakap " aku ceraikan kau"  ( muka mengadap laptop sambil nak undo balik part yang tidak didengari tadi)

Dia terus berkata begitu...Sedangkan dia pon tak dengar .

Bila dia undo balik part yang tak dengar tu ( past lakonan yang tidak didengari tadi ) tiada pon skrip "aku ceraikan kau"

 

Jadi macam mana ya?

 

Saya tanya suami...dia cakap dia tak ada niat kata dekat saya pon..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam mensabitkan jatuhnya sesuatu talak, ia perlu memenuhi rukun serta syarat talak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak.

Merujuk kenyataan puan dan pengakuan suami puan bahawa lafaz perkataan "aku ceraikan kau" secara tiba-tiba itu adalah sekadar menjawab secara spontan pertanyaan puan berkaitan dialog dalam drama tersebut dan ia bukan ditujukan kepada puan, maka ia tidak membawa kepada jatuhnya talak.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 95

message user image