BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Sewaktu mandi wajib saya akan menggosok kedua mata saya agar segala kotoran hilang, selepas mandi saya mendapati terdapat seperti habuk yang kering pada permukaan pipi berhampiran mata saya.Saya tidak pasti sekiranya itu adalah sisa kotoran mata atau pun sekadar sisa kulit mati.Saya was-was sekiranya habuk itu merupakan kotoran mata yang dapat menghalang air.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Rukun mandi wajib ada 3 perkara: 

1. Niat untuk mengangkat hadas besar.

2. Menghilangkan kotoran atau najis pada badan.

3. Meratakan air ke seluruh anggota badan.

Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan, tuan telah menggosok kedua mata untuk menghilangkan kotoran dan meratakan air. Namun setelah selesai mandi wajib, tuan menyedari terdapat habuk yang kering pada permukaan pipi berhampiran mata yang tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah kotoran mata atau sisa kulit mati. 

Menjawab soalan yang diajukan, memandangkan tuan telah sempurna melakukan mandi tersebut dengan melakukan segala perkara yang dituntut, maka perasaan ragu-ragu atau was-was terhadap ibadah yang telah sempurna dilakukan tidak dapat mengubah hukum menjadi tidak sah.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 49

message user image