BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1. Ketika dalam perjalanan bermusafir kita dibolehkan solat secara jama' dan qasar. Persoalan yg menjadi kekeliruan : "Bolehkah dilaksanakan solat secara jama' dan qasar ketika berada di destinasi tempat kita bermusafir atau hanya boleh jama' dan tidak boleh diqasarkan?"


2. Bolehkah wang peninggalan si mati digunakan untuk pengurusan jenazah beliau terlebih dahulu atau terus dikira sebagai harta pusaka yang perlu difaraidkan kepada waris?

 

3. Seorang bapa semasa hidupnya tidak pernah melaksanakan puasa wajib di bulan Ramadhan hingga ke akhir hayatnya. Adakan pihak waris yakni anak-anak beliau hanya boleh membayar fidyah mengikut bilangan hari dan tahun yang ditinggalkan tanpa mengqadha' puasa arwah bapanya yg begitu banyak jumlahnya dan tidak mampu untuk mengqadha'nya. 


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته السلام

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Menjawab soalan yang diajukan:

1. Boleh jamak dan qasar ketika berada di destinasi dengan syarat jarak tempat yang dituju melebihi 2 marhalah (81KM) dan menetap di situ tidak melebihi 3 hari tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. 

2. Wang peninggalan si mati hanya akan dibahagikan mengikut faraid setelah ditolak hutang si mati, pengurusan jenazah dan wasiat jika ada.

3. Boleh bagi waris si mati untuk memilih sama ada qada' puasa bagi pihak si mati atau membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan dengan satu hari bersama satu cupak beras. 

Untuk maklumat lanjut kadar bayaran fidyah dan cara pembayaran sila layari laman sesawang: https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/ 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 59

message user image