Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, tahun lepas bulan 12 suami saya ada melafazkan ayat lebih kurang "kalau betul ada isi dalam perut kau, kasih jatuh, kita cerai." sedangkan waktu itu dia tahu saya tengah mengandung tapi belum tahu usia kandungan kerana masih dalam awal kandungan. Suami saya juga telah mengugut ingin membakar rumah keluarga saya dan ingin datang ke tempat kerja saya. Dan pada bulan Januari, dia telah datang ke tempat kerja saya sehingga berlaku pergaduhan dan kedua-dua lengan saya ada kesan lebam akibat dari dia menarik tangan saya. Saya ingin tahu kalau lafaz tersebut sudah termasuk jatuh talak atau tidak. Saya dan suami saya sudah tinggal berasingan dari bulan 12.
Jawapan