BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya dan suami sudah berkahwin 4 tahun dan dikurniakan dua orang cahayamata. Baru-baru ini ayah mertua saya sudah pergi menghadap pencipta-Nya. Semasa urusan harta di buat, saya dan suami baru mengetahui bahawa ibu mertua saya mempunyai nama "binti" yang berbeza di Surat Beranak, Kad Pengenalan dan Sijil Nikah ibu dan ayah mertua. Soalan saya, adakah melanggar apa apa hukum syarak terhadap perkahwinan saya dan suami atau apa status anak anak kami? Maaf kalau soalan saya agak mengelirukan. Terima kasih kerana sudi luangkan masa.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Perkara yang melibatkan kesilapan atau kekeliruan nama ibu mertua puan, tidak menjejaskan status perkahwinan puan, kerana ia hanya berkaitan dengan pihak suami dan keluarganya sahaja dan juga ia tidak menjejaskan rukun dan syarat-syarat nikah.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 75

message user image