BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam. Apa kah jatuh talak apabila suami berkata :

" Kalau dah tak nak perkahwinan ini, dah tiada apa apa lagi yang perlu kita discuss. I am tired and I want to get out "

Mengikut maksud yang difahami isteri,  suami dah penat dan dia nak keluar dari perkahwinan ini.

Apabila ditanya, katanya tiada niat cerai. Namun bila ditanya beberapa kali adakah betul tiada niat, dia pun seolah ragu ragu dengan ucapan nya. Kemudian, selepas itu, dia berkata semula kepada isteri dia yakin tiada niat. Dan dia yakin kami masih suami isteri. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ucapan suami puan: "Kalau dah tak nak perkahwinan ini, dah tiada apa apa lagi yang perlu kita discuss. I am tired and I want to get out" adalah merupakan ucapan kinayah atau kiasan (lafaz yang tidak sorih atau jelas), perkataan tersebut boleh membawa pelbagai maksud yang lain selain maksud talak, mungkin boleh membawa maksud semata-mata nak keluar rumah untuk bertenang, atau berpisah sementara bagi meredakan konflik yang berlaku dan sebagainya. Oleh yang demikian jatuh talak atau tidak lafaz kinayah tersebut, adalah bergantung kepada niat suami. Seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak. Seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pandangan serta pengesahan lebih lanjut, puan boleh merujuk kepada kepada Mahkamah Syariah berhampiran sebagai pihak yang berautoriti menentukan sama ada sesuatu lafaz ini boleh membawa kepada jatuhnya talak atau sebaliknya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 80

message user image