BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya nak tanya...saya duduk di qatar,sekarang saya start berpuasa di malaysia dan saya akan balik semula di qatar di pertengahan bulan ramadhan dan beraya disana..macam mana ya puasa saya kerana qatar sudah puasa awal sehari dari malaysia? Adakah saya perlu ganti puasa kerana sy puasa tidak cukup 30 hari?

 

Soalan ke-2: dalam perjalanan saya untuk pulang ke qatar...adakah saya perlu berpuasa dari waktu malaysia hingga waktu qatar iaitu 5 jam lagi dari waktu malaysia?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Apabila puan bermula berpuasa di Malaysia dan kemudian kembali ke Qatar di pertengahan bulan Ramadan di mana Qatar telah memulakan puasa awal sehari dari Malaysia, puan hendaklah berpuasa dan berhari raya berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh pihak pemerintah di Qatar. Puan tidak dikehendaki untuk mengganti puasa walaupun puasa puan tidak mencukupi 30 hari. Melainkan sekiranya puan berpuasa selama 28 hari, maka ketika itu puan perlu mengqada' puasa selama sehari untuk menggenapkan minimum kewajipan berpuasa selama 29 hari.

Adapun berkenaan persoalan kedua, apabila puan telah sampai ke Qatar, puan hendaklah berpuasa dan berbuka mengikut waktu di sana, iaitu berbuka pada waktu maghrib mengikut waktu di Qatar dan bukan mengikut waktu maghrib di Malaysia, walaupun puan memulakan puasa di Malaysia.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 43

message user image