BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya keliru mengenai bilakah waktu dan tarikh sebenar haid saya berhenti. Saya mula haid pada 15/3/2024 dan darah turun secara berterusan sehingga 20/3/2024, namun pada 21/4/2024 tiada darah kelihatan pada tuala wanita, kemudian keesokan harinya iaitu 22/3/2024 terdapat tompokan warna coklat, dan hari ini 23/3/2024 tiada darah atau cecair yang kelihatan. Soalan saya, adakah tompokan warna coklat pada tarikh 22/3/2024 itu dikira haid? Dan bagaimanakah dengan puasa saya? Pada tarikh bilakah jika saya perlu membayar fidyah puasa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tompokan warna coklat yang kelihatan pada 22/3/2024 selepas darah haid berhenti masih dianggap sebagai darah haid. Ini kerana, tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam. Ini bermakna, tempoh haid puan adalah dari 15/3/2024 hingga 22/3/2024, iaitu 8 hari. Oleh kerana itu, ibadah solat dan puasa yang dilakukan pada 21/3/2024 (puan tersalah catat 21/4/2024) adalah tidak sah. Menjadi suatu kewajipan untuk menggantikan atau mengqada’ puasa yang ditinggalkan. Sekiranya puasa itu diganti sebelum tibanya bulan Ramadhan tahun yang akan datang, maka tiada bayaran fidyah yang dikenakan. Namun, sekiranya puasa itu tidak diganti sehingga masuk bulan Ramadhan tahun yang akan datang, maka ketika itu bayaran fidyah dikenakan iaitu secupak beras bagi setiap sehari puasa yang ditinggalkan.  

Untuk maklumat lanjut kadar dan kaedah pembayaran fidyah sila layari laman web: https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/ 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 59

message user image