BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah batas aurat transgender/transexsual dengan wanita/lelaki?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, tafsiran transgender dari segi bahasa ialah pertukaran antara jantina, manakala menurut Kamus Dewan, transeksual adalah: (transéksual) seseorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan berpe¬nampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar organ jantina¬nya melalui pembedahan. Melalui definisi di atas dapat disimpulkan bahawa golongan transgender/transeksual adalah golongan pada asal kejadiannya adalah seorang lelaki atau perempuan yang kemudiannya mengubah jantinanya kepada yang berlawanan. Maka hukum asal kejadiannya sebagai lelaki atau perempuan masih kekal begitu juga dalam hal batasan aurat. Jika dia seorang lelaki yang mengubah jantinanya kepada wanita melalui pembedahan, maka hukum auratnya dengan wanita adalah seperti ajnabi. Manakala aurat wanita dengan transgender yang asalnya lelaki tersebut kekal sebagaimana aurat wanita muslimah dengan seorang lelaki. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 211

message user image