BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salaam,

Saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya,

Isteri saya mengalami haid Dari Hari pertama Ramadan hingga Hari keenam Ramadan.

Bole mula berpuase pada Hari ketujuh Ramadan.

Soalan saya:

Adakah isteri saya bole berniat untuk berpuase SEBULAN Ramadan, walaupun cuma tinggal 24 Hari berpuase kerana dia haid pada 6 Hari Yang pertama?

Ataupun isteri saya perlu niat berpuase setiap Hari bangun pada waktu sahur?

Mohon pencerahan.

Terime kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berniat puasa Ramadhan pada malam hari adalah salah satu daripada syarat sah puasa Ramadhan bagi pandangan mazhab Syafi'i. Walau bagaimanapun pada masa yang sama adalah disarankan untuk berniat puasa selama sepanjang bulan Ramadhan pada malam pertama bulan Ramadhan mengikut pandangan mazhab Maliki. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terlupa untuk berniat pada malam hari. Oleh itu, tidak diharuskan untuk tidak berniat pada malam hari dengan sengaja.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, adalah dibenarkan kepada wanita untuk berniat puasa sepanjang bulan Ramadhan pada malam pertama Ramadhan walaupun pada masa itu sedang mengalami haid. Namun tetap perlu berniat puasa pada setiap malam sebagaimana yang dinyatakan seperti di atas. 

والله تعالى أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 58

message user image