BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Adakah jatuh talak kepada isteri sekiranya suami berkata 'Jika kau nak aku ceraikan kau, aku ceraikan sahaja kau'. Perbalahan hanya terhenti disitu.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, ucapan suami kepada isterinya: "Jika kau nak aku ceraikan kau, aku ceraikan sahaja kau" merupakan satu bentuk perberitahuan sekiranya isteri mahu untuk suami menceraikannya, maka suami akan menceraikannya. Ucapan itu bukan berbentuk penyataan atau kata-kata bahawa suami menceraikan isteri. Ia juga bukan merupakan lafaz talak taklik yang memberi maksud sekiranya isteri mahu bercerai, maka tercerailah isteri.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pandangan serta pengesahan lebih lanjut, puan boleh merujuk kepada kepada Mahkamah Syariah berhampiran sebagai pihak yang berautoriti menentukan sama ada sesuatu lafaz ini boleh membawa kepada jatuhnya talak atau sebaliknya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 89

message user image