BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualikum, saya ingin bertanya, adakah keluar sedikit ketulan darah bewarna hitam bercampur merah sahaja tanpa di ikuti dengan keluarnya darah yang banyak dianggap sebagai darah haid? Ketulan ini hanya di sedari apabila ia kelua ketika membuang air kecil. 

Sekiranya ia dianggap sebagai darah haid, bagaimanakah denga situasi di bawah:
1 Feb: Keluar Haid
7 Feb: Berhenti haid + mandi wajib
14 Feb: Keluar ketulan darah hitam sahaja tanpa di ikuti dengan darah yang banyak 
15 Feb: habis tempoh maksimum haid
17 Feb: Keluar ketulan darah hitam sahaja tanpa di ikuti dengan darah yang banyak

Dalam pengetahuan saya, darah yang keluar pada 14 Feb masih di anggap darah haid kerana belum habis tempoh maksimum keluar haid. Namun bagaimana pula dengan 17 Feb, adakah ia dianggap darah haid ataupun istihadah kerana belum cukup tempoh bersuci 15 hari. Namum, ciri-ciri darah istihadah tidak berwarna hitam, dan biasanya cair. 

Mohon penjelasan daripada pihak Tuan.

Sekian, Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asasnya, tempoh maksimum haid wagi seorang wanita adalah 15 hari 15 malam. Manakala tempoh minimum suci pula adalah 15 hari 15 malam. Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan, ketulan darah yang keluar pada 14 Februari adalah darah haid, kerana ia keluar di dalam tempoh maksimum 15 hari. Pada masa yang sama tidak terdapat percampuran antara darah haid dan istihadhah. Benarlah sebagaimana yang dinyatakan dan difahami. Ini bermakna, tempoh haid bermula dari 1 Februari hingga 14 Februari, iaitu selama 14 hari.

Manakala darah yang keluar pada 17 Februari dihukumkan sebagai darah istihadhah kerana ia keluar di dalam tempoh minimum suci 15 hari, dan tidak berlaku percampuran antara darah haid dan istihadhah

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 64

message user image