BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

 Assalamualaikum ustaz saya ingin bertanya, Saya ada mengatakan begini kepada suami " kalau awak mesej lagi perempuan tu awak ceraikan saya" Kemudian suami hanya menjawab ya okey baik, Janji. Kemudian saya bertanya semula kepada suami dia berkata tiada niat untuk ceraikan saya. Dia menjawab ya kerana tidak mahu saya bising lagi. Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz puan kepada suami: "kalau awak mesej lagi perempuan tu awak ceraikan saya" merupakan suatu permintaan yang sekiranya suami puan menghantar mesej kepada perempuan itu lagi, maka suami hendaklah menceraikan puan. Ia bukanlah lafaz taklik yang memberi maksud sekiranya suami menghantar mesej kepada perempuan itu lagi, maka tercerailah puan. Oleh itu, sekiranya suami ada menghantar mesej kepada perempuan itu, talak tidak berlaku secara langsung. Akan tetapi suami perlu melafazkan talak, sekiranya dia memang mengkehendaki berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pandangan serta pengesahan lebih lanjut, puan boleh merujuk kepada kepada Mahkamah Syariah berhampiran sebagai pihak yang berautoriti menentukan sama ada sesuatu lafaz ini boleh membawa kepada jatuhnya talak atau sebaliknya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 88

message user image