BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum. saya selaku nazir masjid kampung assam jawa ingin bertanyakan tentang hukum mendirikan binaan musalla di atas tanah warta kubur. Untuk makluman tuan mufti, pihak masjid sudah ada simpanan tanah wakaf kubur yang lain yang masih belum digunakan. Jadi pihak masjid bercadang ingin membina sebuah musalla di atas tapak tanah warta kubur memandangkan tanah tersebut belum digunakan untuk tujuan tanah perkuburan. Tanah itu juga terletak bersebelahan jalan besar Teluk Intan Klang yang akan menjadi manfaat kepada orang ramai jika dibina musalla di situ. untuk makluman Tuan Mufti juga, tanah warta kubur itu jika ingin digunakan mungkin selepas 60 ke 70 tahun lagi memandangkan tanah kubur yang digunakan sekarang masih belum penuh dan tanah kubur simpanan yang lain seluas dua (2) ekar masih belum lagi digunakan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد


Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umum tiada halangan dari sudut syarak untuk memanfaatkan tanah yang telah diwartakan untuk tujuan khusus seperti warta kubur atau seumpamanya, ia boleh dimanfaatkan selagi tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak ulil amri. Oleh itu, dapatkan hitam putih kebenaran daripada pihak berkuasa yang menguruskan tanah tersebut bagi mengelak timbul masalah pada masa hadapan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 16

message user image