Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nak tanya, setelah saya buang air besar, saya membasuh kemaluan saya dengan air paip sambil mencangkung. Semasa membersih kemaluan saya, saya terasa air kena ke tangan saya yang memegang air paip tersebut. Tetapi pada masa itu saya fikir yang tangan saya basah memegang paip tersebut atau paip tersebut basah. Dengan itu saya yakin tangan saya bersih. Setelah lama kelamaan saya mula rasa was2 mungkin ianya air terpecik dari membasuh kemaluan saya. Saya pun mula basuh balik paip tersebut dan tong air. Saya bersih tong air tersebut kerana paip itu berapa di dalam tong. Setelah membersih semua, saya mula rasa najis tersebut sudah merebak ke seluruh rumah kerana keluarga saya menggunakannya. Walaupun saya membasuh tandas tersebut banyak kali saya masih fikir ada najis di seluruh tempat seperti di pintu, lampu, meja dan sebagainya. Apa patut saya buat kerana tidak mungkin untuk saya basuh kesemuanya kalau semua tangan ada najis. Kerana apabila diorang basuh tangan, tetap pembuka paip di sinki basah dan pindah nya najis. Tidak mungkin untuk saya membasuhnya banyak kali. Tolong jawab soalan ini apa patut saya buat.
Jawapan