BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya sekiranya seseorang telah berniat ihram haji di rumah tetapi di luar bulan haji adakah ihram umrah yang terjadi ataupun niat ihram haji itu tidak sah dan tidak menjadi niat ihram umrah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berniat ihram haji di rumah (kami mengandaikan di Malaysia) di luar bulan haji adalah tidak sah. Namun, niat tersebut akan menjadi niat ihram umrah dan ia adalah sah. Ini akan menjadikan orang yang berniat itu berada di dalam ihram umrah dan wajib menjaga larangan-larangan ketika berihram.

Namun sekiranya perkara itu dilakukan dengan sebab belajar atau mengikuti kursus haji semata-mata maka niat tersebut tidak terangkat atau berlaku.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 47

message user image