BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya telah berazam dan berjanji sewaktu bertaubat untuk tidak mengulangi kesalahan saya(tidak niat untuk bersumpah), jadi adakah janji pada Allah itu dikira sama mcm sumpah? Adakah dikenakan kafarah sama mcm sumpah jika melanggarinya? Harap pihak mufti dapat berikan pencerahan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليکم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, syarat sah sumpah ialah dengan menggunakan lafaz “الله” atau salah satu daripada nama-nama Allah atau salah satu daripada sifat zat Allah. Jika tuan tidak melafazkan sebagai syarat sah sumpah, maka ia tidak jatuh sebagai sumpah dan tidak dikenakan kaffarah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 411

message user image