BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum menaikkan harga penginapan untuk pelanggan claim ke syarikat. Contohnya, harga penginapan Rm100/malam. Pelanggan minta letak Rm150/malam dalam resit untuk claim. (Untuk pembelian barang makanan sebab tak boleh claim). Mereka kata penginapan sebelum ini pun mereka boleh minta naikkan harga. Saya tak fikir panjang masa itu sebab fikir nak memudahkan pelanggan. Tapi sekarang saya rasa berdosa sebab ikut cakap pelanggan. Seperti bersubahat untuk menipu. Boleh tak saya sedekahkan jumlah yang pelanggan terlebih claim itu untuk menebus dosa saya?


message user image

Jawapan  

 

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Allah SWT memerintahkan kepada umatnya supaya bertolong-tolong dalam setiap perkara kebaikan dan melarang untuk membantu dalam perkara kemaksiatan. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Sememangnya jelas, perbuatan tuan adalah salah dan berdosa disebabkan bersubahat dalam bekerjasama melakukan kejahatan. Seeloknya perkara ini dibawa kepada pihak majikan pelanggan bagi tindakan selanjutnya. Sekiranya ini akan menjejaskan posisi pekerjaan pelanggan tersebut atau kemudharatan yang lebih besar, maka memadai dengan memulangkan jumlah wang lebihan yang dituntut kepada pihak majikan pelanggan. JIka pihak pelanngan tidak dapat dihubungi atau diketahui, sedekahkan jumlah tersebut kepada pihak yang memerlukan. Bertaubatlah semoga Allah SWT mengampuni dosa yang dilakukan.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 66

message user image