BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum. Saya masih keliru tentang air basuhan najis. Contohnya, ketika membasuh air mazi pada kemaluan, pasti akan ada air dari basuhan tersebut terpercik pada mangkuk tandas & sekitar kemaluan kita serta tempat-tempat lain. Adakah ia dimaafkan dalam bab istinjak ini? 

2. Ketika kita membasuh kemaluan yang bernajis di lantai, adakah tempat laluan air basuhan najis di lantai tadi suci walaupun kemaluan kita masih belum suci dari najis ketika itu? Sebab saya ada baca yang semasa kita beristinjak, apabila terdapat najis yang mengalir bersama air basuhan lalu ain najis itu hilang dibawa air, maka tempat laluan air tadi adalah suci. Adakah ia betul? 


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1) Air basuhan yang terpecik tersebut tidak bernajis jika terkena pada mangkuk tandas dan sekitar kemaluan dan juga tempat-tempat yang lain kerana ia dimaafkan atas dasar kesukaran untuk dielakkan.

2) Pada asalnya, laluan air basuhan di lantai adalah suci selagimana tidak terdapat najis padanya. Najis yang mengalir bersama air basuhan lalu ain najis tersebut hilang dibawa air, maka tempat laluan air tersebut adalah suci itu BETUL, selagi mana air yang mengalir tersebut tidak berubah warnanya disebabkan ain najis tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 52

message user image