BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, bagaimanakah dengan status lantai rumah yang dipenuhi air mutanajis burung kerana salah membersihkannya menggunakan mop?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tindakan menggunakan mop bagi membersihkan najis tanpa dihilangkan terlebih dahulu ain najis tersebut lalu dialirkan ke atas kawasan yang terkena ain najis tadi dengan air mutlak adalah tidak dianggap sebagai menyucikan najis dan ianya tidak sah. 

Apa yang perlu dilakukan adalah pastikan kewujudan ain najis burung di lantai tersebut, buang atau hilangkan ain tersebut menggunakan tisu atau kain jika ada. Keringkan air mutanajjis itu semampunya menggunakan kain dan sebagainya. Kemudian alirkan air mutlak ke seluruh kawasan lantai yang terkena air mutanajjis sekadarnya, lalu keringkan kawasan itu dengan kain atau mop yang bersih.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 58

message user image