BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya berkenaan dengan hal mandi wajib atau mandi junub. Sebelum saya ingin melaksanakan kewajipan bagi mandi wajib, saya menanggalkan plaster bagi kegunaan menutup luka luaran pada bahagian kaki. Jadi, kesan daripada menanggalkan plaster tersebut meninggalkan bekas gam yang sukar dihilangkan.

Maka semasa mandi wajib, saya mandi wajib seperti biasa tanpa bertayammum dan meratakan air mandian ada bahagian luka sambil berusaha menghilangkan gam yang menghalang air tersebut. Akan tetapi, masih tidak berjaya hilangkan gam tersebut sepenuhnya.

Adakah sah mandi wajib saya atau perlu mengulanginya Tuan/Puan? 


message user image

Jawapan  

 

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Rukun atau fardu mandi junub ada tiga iaitu:-

            1) Niat mengangkat hadas besar atau mengangkat janabah

            2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.

            3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.

Berdasarkan soalan tuan, disarankan kepada tuan berusaha semampunya untuk menghilangkan bekas gam pada plaster tersebut terlebih dahulu. Sekiranya didapati masih terdapat juga kesan gam kerana sukar dihilangkan, maka ia dimaafkan dan hukum mandi wajib itu sah walaupun ada kesannya. Tuan tidak perlu untuk mengulangi mandi wajib. 

.والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image