Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalam...saya memakai bleach rambut....dan saya juga memakai serum untuk mengelakkan rambut saya rosak kerana memakai bleach...adakah ia juga dilarang?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Menjawab soalan yang diajukan:
1. Memakai atau menggunakan bleach rambut dengan tujuan untuk mengubah warna rambut kerana fesyen dan bukan untuk tujuan perubatan adalah dilarang. Ini adalah kerana ia termasuk di dalam perkara mengubah kejadian Allah SWT.
2. Hukum asal memakai serum untuk memelihara kesihatan rambut adalah diharuskan dengan syarat ia tidak mengandungi unsur yang diharamkan seperti najis atau membahayakan.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 118