Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum.
Ustaz,
Saya isteri kedua dan mempunyai seorang anak bersama suami. Suami tiada anak dengan isteri pertama. Anak diletakkan di rumah isteri pertama kerana dia telah berpencen dan hanya pulang ke rumah saya pada hujung minggu. Untuk makluman Ustaz, pada hari suami pulang ke rumah isteri pertama, suami baik sahaja dengan saya tetapi keesokkan harinya bila nak ambil anak, dia terus masam muka sehingga seminggu lamanya dan bila saya tanya dia marah. Suami akan pulang ke rumah saya pada hari selasa dan jumaat tetapi semalam (selasa) dia tidak pulang dan sudah 3 hari tidak berhubung dan bercakap dengan saya. Soalan saya, saya tidak mahu telefon dia kerana nanti saya akan bertanya dan dia tak suka dan akan marah. Dalam bulan Ramadhan ni, saya tidak mahu bergaduh. Apa jalan terbaik untuk saya buat? Dah lima tahun berkahwin dan suami selalu buat macamni..ikut angin dia. kalo baik dia baik dan kalau dia tak suka, dia tunjuk muka. Tapi kali ni lain. Sebab sebelum ni ada juga dia akan mesej perli atau nasihat sebagainya. Kali ini dia terus diam. Mohon pencerahan Ustaz. Terima kasih.
Jawapan