BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Hukum Jika lafaz taklik suami kepada isteri diragui sebutannya..Sama Ada Jika isteriku Ada Urut lelaki sebelum ini jatuh talak 1..atau Jika isteriku Ada Urut lelaki jatuh talak 1..Saya tidak pasti Sama Ada Saya ucapkan sebelum ini atau Ada Urut lelaki..perbezaannya sebelum ini atau Ada Urut lelaki yang diragui oleh Saya...untuk makluman isteri Saya Ada Urut lelaki sebelum ini iaitu sebelum Saya mengucapkan lafaz taklik..Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan tuan di atas :

Cerai atau talak taklik bermaksud mengaitkan jatuh talak dengan berlakunya sesuatu perkara. Apabila perkara tersebut berlaku, maka jatuhlah talak. Merujuk kepada soalan yang diajukan, suami yakin ada melafazkan taklik, namun ragu pada sebahagian lafaznya, antara lafaz: "Jika isteriku ada urut lelaki sebelum ini jatuh talak 1" atau "Jika isteriku ada urut lelaki jatuh talak 1".  Walaupun suami ragu sama ada ada menyebut lafaz "sebelum ini" atau tidak, lafaz ini boleh membawa kepada berlakunya lafaz taklik. 

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti menentukan sama ada sesuatu lafaz ini boleh membawa kepada berlaku talak taklik atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, tuan disarankan melaporkan perkara tersebut kepada pihak Mahkamah Syariah terdekat dengan kadar segera untuk mendapatkan pengesahan.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 23

message user image