BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum seseorang menerima duit raya dan sedikit saguhati dari pihak kontraktor non muslim ketika musim perayaan aidilfitri, dan mereka tiada meminta balasan pun?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين

أما بعد

Berdasarkan persoalan tuan, ada 2 situasi yang membezakan hukum:

  1. Orang awam: harus menerima hadiah tersebut kerana tiada berkepentingan. Sebagai contoh kontraktor adalah vendor yang membaiki rumah tuan dan dia memberikan sedikit hadiah sebagai tanda penghargaan melantiknya.

  2. Penjawat awam atau berkepentingan: haram menerima kerana sekiranya berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan kerana ia akan mempengaruhi keputusan yang dibuat walaupun tidak diminta balasan. Perkara ini juga ada dimaktubkan dalam Akta SPRM 2009. Sekiranya ada menerima hadiah atau saguhati daripada seseorang yang mempunyai kepentingan, hadiah tersebut perlu disahkan penerimaannya oleh majikan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 73

message user image