BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

hai assalamualaikum, saya ingin bertanya , sekiranya jenazah berjantina wanita , boleh atau tidak untuk mencantikkan sedikit mayat , memandangkan arwah akan berjumpa dengan Allah, maksud mencantikkan itu dari segi memakaikan celak pada kening , saya mendapati bahawa memakaikan celak pada si mati merupakan harus, jadi bagaimana pula sekiranya meletakkan pelembab bibir pada si mati? sekiranya semasa si mati hidup dia pernah mengatakan bahawa dia ingin di cantikkan kerana ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang cantik 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Islam memuliakan manusia ketika hidup dan selepas meninggal dunia. Walau bagaimanapun kemuliaan tersebut hendaklah selari dengan tuntutan Hukum Syarak dan bukanlah hanya berdasarkan pandangan sendiri. Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra', ayat 70;

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Bagi manusia yang telah meninggal dunia, kemuliaan yang paling utama adalah dengan menunaikan empat kewajipan jenazah iaitu:

  1. Mandi

  2. Kafan

  3. Solat

  4. Kebumi

Walaupun arwah semasa hidupnya ada mengatakan ingin dicantikkan kerana ingin berjumpa Allah dalam keadaan cantik, ia hanyalah harus, dan tidak disunatkan, untuk dipakaikan dengan celak mata dan pelembab bibir (tanpa warna) selesai dimandikan cukup hanya sekadar mengelokkan rupa jenazah dengan tidak berlebih-lebihan. Keharusan ini tidaklah sama seperti menghias orang yang masih hidup kerana perkara yang lebih penting bagi mereka yang telah meninggal dunia pergi menghadap Allah SWT adalah bekalan amalan yang dibawa. Mengirimkan pahala amalan dan doa keampunan kepada mereka yang telah pergi adalah lebih diharapkan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 130

message user image