Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Betul ke kalau perempuan sudah berkahwin, memang seboleh-bolehnya kena kurangkan berjumpa dgn kawan-kawan? Saya seorang yang extrovert jugak, suka berkawan, suka keluar dgn kawan-kawan buat aktiviti dan saya ada circle of friends yang berlainan. Saya baru 3 tahun berkahwin tapi setahun LDR sebab saya sambung belajar di luar negara & baru balik September lepas. Suami saya memang opposite saya, seorang yang introvert dan muda 3 tahun dari saya. Saya bersyukur sebab dia tak pernah kongkong/halang saya kalau saya nak keluar berjumpa kawan-kawan (kadang-kadang dia join, kadang-kadang tidak, ikut mood dia). Tapi mak ayah saya selalu tegur dan marah saya sebab nampak saya macam lebihkan kawan-kawan (pada mereka saya membawa perangai dari bujang), sedangkan saya memang jaga rumahtangga saya, jaga hati suami sebaik boleh. Kalau dia tak bagi saya ikut je. Saya memang make sure dia okay kalau saya nak keluar. Contohnya sebelum keluar, saya make sure makanan dia dah siap masak. Saya pun tidaklah setiap minggu keluar dan cuba untuk tidak lama berada di luar. Sebab saya fikir kami belum ada anak, jadi tak nak sia-siakan masa jugak. Yelah sebab bila dengan suami lain, bila dengan kawan-kawan lain. Kami pun selalu je dating, cuma parents saya tak tahu sebab saya jarang post di sosial media sebab suami tak suka (parents follow di IG). Sebab saya sayang friendship kami esp. yang dari sekolah, uni, jadi kalau boleh nak cuba jaga jugak slps family. Cuma ayah saya cakap, bila orang sebut jaga silaturrahim, bukan jaga hubungan dengan kawan, tapi hubungan dengan keluarga sebab rahim tu bermaksud orang-orang yang berkongsi rahim ibu. Kawan-kawan tu nanti lama-lama akan tinggalkan kita jugak. Salah ke apa yg saya buat? Sebab kalau memang salah, saya akan cuba kurangkan. Saya harap pihak mufti dapat bagi pandangan & nasihat. Terima kasih banyak.
Jawapan